Minuman isotonik
TEKAK yang kering dan dahaga semestinya terasa nikmat apabila dibasahi dengan minuman yang menyegarkan.Justeru, bagi mengembalikan kecergasan selepas melakukan aktiviti harian atau sebagai penghilang dahaga, syarikat pembotol bagi pihak PepsiCo Beverages International, memperkenalkan minuman isotonik Revive.Minuman isotonik Revive dirumus khas dengan vitamin B3, B6 dan B12. Ia berupaya mengembalikan cecair tubuh badan secara efektif."Penambahan vitamin B ke dalam minuman Revive akan meningkatkan metabolisma tubuh pada tahap yang lebih baik," kata Pengurus Pemasaran Permanis Sdn. Bhd., R. Hemalatha.Jelas Hema, minuman isotonik generasi baru itu juga akan menghidratkan semula dan mengantikan air atau bendalir badan yang telah hilang.Minuman ini boleh didapati dalam perisa unik campuran limau gedang dan oren yang lazat.Hema memberitahu, Revive boleh didapati dalam tiga saiz iaitu tin 325ml, botol 600ml dan 1.5L."Hasil kejayaan promosi tukar yang lama untuk baru sejak dua bulan lalu, Cabaran Pertukaran Revive Isotonik kini kembali dengan ganjaran lebih besar dan lumayan pada setiap hujung minggu, bermula 11 Julai hingga 21 Ogos ini."Orang ramai berpeluang menukar botol atau tin lama minuman isotonik untuk mendapatkan sebotol 1.5 liter minuman Revive Isotonik secara percuma," tambahnya.Menariknya, pengilang Revive Isotonik, menyasarkan untuk menghadiahkan 200,000 botol 1.5 liter minumannya bagi mengatasi rekod terdahulu sebanyak 80,000 botol.Ujar Hema, berdasarkan sambutan hebat orang ramai pada kempen yang lalu, pihaknya mahu membawa program pertukaran tersebut ke lebih banyak lokasi.Cabaran Pertukaran Revive Isotonik akan berlangsung di antara jam 1 tengah hari dan 8 malam setiap Sabtu dan Ahad di 26 lokasi seluruh negara.